Ni kali pertama wanie guna blog tau..heheh..Untuk pengetahuan semua ini adalah tugasan pertama yang wanie kena buat bagi subjek MTE. Lecturer wanie suruh kami satu kelas membuat blog sendiri kemudian pilih 5 blog lain untuk kritik. kalau bukan disebabkan tugasan ni, mesti wanie tak akan pernah ada blog ni..Wanie xpernah tau buat blog-blog ni sebab tak pandai pun..hihi.. wanie hanya tahu baca je blog-blog orang..huhu..😃
Okey lah, ini adalah blog-blog yang wanie jumpa dan kritik :-
1) Blog Maria Elena
http://peliks.blogspot.my/
Ini adalah salah satu blog favorite wanie dari zaman sekolah lagi. wanie suka sangat baca blog ni sebab banyak cerita-cerita yang penulis kongsikan. Blog ini dimiliki oleh Maria Elena. Haa...mesti korang kenal kan siapa Maria Elena ni..tak kan x kenal ;) beliau merupakan seorang penulis blog yang sangat terkenal tau... banyak tips-tips dan nasihat yang ditulis. Sebab itu wanie suka sangat baca blog dia.
KELEBIHAN
❃ Nama blog yang unik.
❃ Banyak ilmu yang dikongsikan dan boleh dijadikan inspire kepada diri kita
❃ Gaya penulisan yang santai dan tidak membosankan.
❃ Aktif dan sentiasa update post-post baru.
KEKURANGAN
✮ Background page terlalu simple dan kurang menarik.
2) Blog Fatin Liyana
http://honeykoyuki.blogspot.my/
http://honeykoyuki.blogspot.my/
Blog kedua yang menjadi favorite wanie adalah Honeykoyuki.blogspot ini. Baiklah, sedikit pengenalan tentang pemilik blog ini.. Blog HoneyKoyuki ini dimiliki oleh Fatin Liyana iaitu adik ipar kepada Maria Elena. Beliau adalah seorang pegawai perubatan dan juga salah seorang penulis yang telah menulis buku yang bertajuk ' DIAGNOSIS 2' iaitu buku yang berkaitan dengan perubatan. Blog ini banyak berkaitan dengan pengalaman beliau sebagai pelajar perubatan, pengalaman beliau trevel ke luar negara, dan kata-kata motivasi.
KELEBIHAN
✪ Sesuai untuk pelajar terutama pelajar perubatan.
✪ Perkongsian yang memberi inspirasi kepada pembaca.
✪ Pembaca boleh mengetahui tempat-tempat dan tips yang menarik jika hendak travel.
KEKURANGAN
✤ Rekabentuk dan hiasan blog yang agak simple.
✤ Blog kurang aktif
✤ Entri blog yang terlalu panjang
✤ Blog kurang aktif
✤ Entri blog yang terlalu panjang
Blog ini banyak menceritakan tentang ketuhanan dan keagamaan. Selain itu, blog ini juga banyak kata pemangkin semangat serta nasihat terutama dalam mendekatkan diri kepada Allah. Ia ditulis oleh farahnaqwiah,
KELEBIHAN
💙 Terdapat banyak tips-tips tentang kehidupan yang sangat berguna.
💙 Sesuai untuk semua orang.
💙 Perkongsian yang sangat menarik.
KEKURANGAN
💛 Penerangan sesuatu topik terlalu panjang.
💛 Update blog yang kurang aktif
4) Blog Fatin Suhana
http://fatinsuhana.blogspot.my/
Blog ini dimiliki oleh Fasionista model muslimah. Orang nya sangat cantik dan bernama Fatin Suhana. Blog ini banyak menceritakan tentang kisah hidup beliau. Di samping itu, ada jugak kisah beliau pergi travel dan tips-tips travel, serta tentang online shopping.
❂ Banyak gambar-gambar dan video yang menarik.
❂ Sesuai untuk foods lover sebab terdapat pelbagai resipi masakan.
❂ dapat menarik pembaca wanita terutma yang suka tentang fesyen.
KELEMAHAN
❀ Teknik penulisan yang kurang menarik.
❀ Kurang berinteraksi dengan pengikut di blog
❀ Header dan design blog terlalu simple
5) Blog Khairul a.k.a Mr K
http://theotherkhairul.blogspot.my/
Blog yang dimiliki oleh jejaka yang digilai ramai awek..cewahh..huhu.. Pemilik blog ini bernama Khairul tetapi lebih dikenali sebagai Mr. K. Banyak memberikan tips-tips yang berguna kepada pembaca terutamanya tentang cinta. Boleh dikatakan Mr. K ni macam doktor cinta..hihi.. so, sape -sape yang nak tahu tentang cinta, boleh lah melawat page beliau.
✽ Entri yang menarik dengan ayat-ayat yang gramatis dan power.
✽ Terdapat juga tips-tips tentang temuduga dan teknik belajar bahasa Ingeris.
✽ Penceritaan yang menarik dan berguna kepada pelajar.
✽ Sesuai untuk pembaca yang minat untuk tahu tentang percintaan.
✽ Bloger sangat aktif.
KEKURANGAN
✻ warna background blog yang kurang menarik.
✻ Tidak mempunyai daya tarikan,
✻ Tidak mempunyai banyak gambar.
Selesai sudah kritik mengkritik ni. :)
Berikut adalah antara blog- blog yang bertuah wanie amik untuk di kritik..harap jangan marah ye..wanie baru nak belajar ni. .huhu
terima kasih :)